Wednesday, September 30, 2009

PuDiNg KeK GuLuNg..

Bahan-Bahan:

30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla

Cara:

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Wednesday, September 16, 2009


~:..yUhUuu..:~

Saturday, September 12, 2009

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

*1 cawan tepung gandum
*1/2 cwn serbuk koko van houten
*1 sudu kecil baking powder
*1 kotak susu coklat (250ml)
*2 biji telur (size M)
*1 cawan gula halus
*1/2 cawan butter
*3 sudu besar susu pekat
*1/4 cawan minyak masak n esen vanila

TOPPING

*3 sudu besar susu pekat
*1/4 cawan serbuk koko van houten
*2 sudu besar butter
*2 sudu besar susu segar

Cara-cara

*Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
*Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
*Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
*Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
*Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
*Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....