Saturday, January 23, 2010

Monday, November 2, 2009

..::: eXaM Oh ExAm:::..


..::: Doa-doa di musim peperiksaan :::..

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ
وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

~~MaRi beRdOa~~

Saturday, October 31, 2009

..::: sEkAdAr InGaTaN & PeSaNAn:::..


Assalamu'alaikum,


~~ sEmPuRnAkAh MaNDi AnDa..~~


Utk melakukan mandi wajib yg betul,seseorg itu tidak blh melakukannya dgn hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bagi memblhkan seseorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir. Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama Islam gombak timur dan penceramah, didpti ramai umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi slh satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorg itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dgn betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak blh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorg itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. "Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. "Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranyadia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.. Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. "Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib lah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. "Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. "Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. "Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. "Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetepi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut." "Tapi dalam hal ini, jgn pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah? Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa solat dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. "Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius oleh umat islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, ustaz hj mat jais menegaskan, sebab2 nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah). "Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. "Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, se elok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."

:::.. PeTuA ..:::

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Utk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Utk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati org lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing mulus, diet yg teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Mknlah mknan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Utk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dgn demikian kita akan byk dikenal dan disayangi..

Sunday, October 11, 2009

:::..My LoVeLy ScHooL..:::


**~~2000~~**
I got da gud result for my UPSR examination…pergh..!!!full A tuh…ngeh3…(pemberitahuan semata2) hurm…tapi yng penting aku pown tak sngka…yer laa…kuat main..blaja pown tak sungguh2…heheheh….tapi satu jer kelebihan aku…kelas tuisyen aku tak penah ponteng maa…
Malam2 pown aku snggup jalan kaki kalau ayah aku tak dapat anta..ngeh3…masa tuu..tekad aku mybe kuat…
~~Tapi seKaRanG kEnApe AkU dAh MALAS!!~~

*:::.. MeReNuNg DiRi..:::*

And bila dah dapat kputusan mcm tu..jgn tnya laa…dah tentu aku nak skola yng aku rasa best…tapi….tup2…..ngeh3…

**~~2001~~**
Start masuk skola menengah..masa ni umo aku 13tahun…hehehe…aku lahir 13 mac 1988..adess..cerita la sket naa…sebenarnya aku bkan nak story about myself…tapi termasuk tadi tuu..yng lebih nyer aku lebih nak story tentang sekolah aku yang terchenta,,,ha!!!....jeng2..bermula la episode aku sebagai pelajar Sekolah Menengah Agama Rompin…sekolah yang bnyak mengajar aku erti hidup n erti kawan2..
Betapa indah nya masa remaja itu..sungguh2 sweet…**memng aku time tu sweet pown** hek3…

*:::..pErAsAn JaP..:::*

First msuk…yer la skola Agama kan…kat situ aku dah mula blaja pakai tudung labuh…yer la memng kat situ peraturan semua pelajar kena pakai tudung labuh..jadi aku pown tak terkecuali jgak laa…masa form 1 ni memng la best..hehehe…yer la..masa ni la kan abang2 senior duk usyar2..hek3..tapi…tak usyar aku pown…(kuwang kecomelan agaknyer..) hak3…

~~ha ni aku nak story tntang kenanagn paling manis aku n yang paling aku ingat msa aku form 1 tahun 2001~~

Masa ni akak2 senior ,,hurm..tak tau laa…aku dah tak ingat dah saper akak tu…dorang ni suh kitorang budak2 junior form 1 ni pegi audition nasyed..yang aku nip own tak tau nak buat audition tu untuk aper…ajak jela kngkawan p test sore yang sememng nyer best tuu kat sowang ckgu n depan senior untuk test sore..heheh…
Tup2…aku n da gang masa tu yang aku ingat laa…
~~**aku,azwa,ain,azni,ain rosli,leah**~~ terpilih laaa…pergh!!!! Hebat tuh..hak3…tapi tak tau ag yng ghupenye nak jadi wakil skola beb!!
Huh…n masa tu la aku stat wakil skola dalam nasyed team..tapi smpai tngkatan 2 jer…msuk tngkatan 3..ustaz dah tak bagi..kata nya dah besar,,,tak baik nyanyi..kena bagi kat adik2 kecik jew..huhuhu….n…….
~~**KaLaU ustAz kAtA KeNa dEnGaR..bELajaR TaaT**~~
Ha!!! Adess..luper lak dah!!!! Ni aku nak story pasal mnggu orientasi aku yang memng akan sntiasa dalam ingatan aku sbnarnye..tapi tak pe lah erk…terrrrlmbat sket story nyer..hehehehe…

..:::Ha Ni baB oRiEnTaSi:::..

Yang paling aku tak bleh lupa n duk akan teringat smpai hjung nyawa…hehehe…ayat………..masa mula2 jer msuk dah stat dah orientasi..pas tu sowang2 senior ni bagi satu tanda nama besaq….buat dari kad manila laa…pas tu letak pin n lekat kat tudung n nama aku yng tertera pada kad itu adalah….***AREAL***
Hampes…muler2 malu gak laa..tapi tak pee…besabar,,,adush laaa…nak gigit2 jer senior neh rasanyer!!!huhuhu…tapi skang dah tawen dah kot..hak3..
Pas tu kan….kena pakai kaen batik n baju kurung n tudung labuh n kain batik satu ag kena letak atas kepala mcm jaman owang2 mlayu dulu2 tuh ha!!!pas tu tnda nama besq tu kena pin kan kat tudung!!!!!!!!!!uuuwaaa….mlampau!!!!!kena g dewan mkn pown pakai mcm tu…hampesSS!!! Abes la keayuan aku neh…aper daa…ader ke patut!!!
Wokess…citer sket2 dah la erk…hehehehe….

aLamAk….AsAiMeN TiMe!!!

~~**..:::To Be CoNTiNue:::..**~~

Saturday, October 10, 2009

:::..SmA RoMpiN.PahAng..:::


***~~***
SmA RoMpiN PahAng

Seribu satu kenangan..huhuhu…kat sini aku mula kenal erti hidup bersama kawan2..time makan samer,time tidor samer,time mandi samer,time study samer,,,,bak kata…memng best lahhh….
~~tErKeNanG JaP~~
Indah nyer kenangan tuuu….yang paling aku best n ingat bila time ngan kawan2 laaa….nisa,eda,cek pah,ain,azni,fizah,wana.azwa,dila.emah,elin,masitah,azwa….n ramai lagi laaa….yang nama tak di mentioned kan jgn laaa brase ati noh…bukan aper…tak mmpu nak taip semua…tapi…..>>KALIAN TETAP DISANUBARI<<

~~TeRiNgAt LaGi~~

Pergh….mula2 sejak tingkatan satu aku mula masuk kat SMAR..(Sekolah Menengah Agama Rompin) sekolah ni milik kerajaan Negeri Pahang…mula2 aku rasa macam tak best laaa…dah…dapat good result in UPSR..tapi ayah aku tak bagi skola jauh2..alasan bia dekat..senang dia nak datang melawat n tngok..jadi ngan paksa rela aku pon masuk la skola tuu… mula2 tu..duk asrama…tak der la takut sangat..yer laa….kwan2 skola rendah aku pon rmai jugak msuk skola tuu…kira mcm semngat tu ader la sikit..hehheheh..
~~mEmbAyAnGkAn JaP sUaSaN keTiKA iTu~~
Nak sambung lagi niii…tapi….

~~~**MaKaN TiMe!!!**~~
To be continue….tapi ngan isi yang lebih tersusun untuk same2 dikongsi…

…::: ShARiNg iS CaRiNg:::…

Sunday, October 4, 2009

::..MaNuSiA,MaLaiKaT,SyAiTaN ...::


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..


Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...


Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..


Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...


Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...


~~So tHinK WiSeLy~~
NaSiHaT UnTuK DiRiKu YaNg LuPa